Assalamualaikum...
Saturday, January 30, 2010
Petang Ini Dalam sejarah
Posted by UmaiRah OthMan's Photostream at 10:18 PM 0 comments
Saturday, November 21, 2009
Menulis Di Blog...



Posted by UmaiRah OthMan's Photostream at 10:39 PM 0 comments
Tuesday, October 20, 2009
Saya bertaubat dan bersyukur apa yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT
Hari ni..lepas setel semua kerja..saya ke restoran untuk makan tengahari..
Sambil jenguk hidangan di restoran tersebut,lebih kurang 20 jenis..'hati ni berkata..lauk sama je..boring la, lalu hanya memesan kuey tiow goreng,sirap limau dan air suam.
Menunggu sementara hidangan sampai..mata ini meliar ke kiri kanan,sambil melihat orang lalu lalang.
Tiba-tiba ada seorang tua menolak basikal usangnya yang penuh dengan plastik beg buruk.selepas memakir dia terus masuk ke restoran.Dengan pakaian yang sangat selekeh,kotor,berbau busuk dan topi yang tinggal separuh dan kepalanya tidak dapat menahan dari hangat cahaya matahari,hanya tinggal sebahagian sahaja untuk meneduhkan matanya.boleh bayangkan keadaan topi yang koyak rabak..hanya tinggal 50% je.
Lalu hati ni berkata..restoran ni memang ramai orang gila masuk.Memandang kan dulu saya pernah kene kejar dengan orang gila dekat sini.Cepat-cepat saya masuk ke kereta.
Tapi orang tua tersebut menjengah2 ke lauk pauk yang terhidang lalu memesan sepinggan nasi kosong.
Hati ni berkata lagi...'pakcik ni tak gila la..dia cakap betul tu'
Pakcik tu hanya mengambil sebijik telur goreng biasa,,sedikit sayur dan kuah serta memesan teh susu lalu mencari tempat duduk paling hujung skali untuk dia menjamu selera masa tu.Makanan tengah hari dia..hanya boleh mengenyangkan dia untuk seketika :(..
Tak perasan yang air mata saya dah jatuh ke dalam kuey tiow yang terhidang.Cepat-cepat saya lap.
Saya tak bawa dslr masa tu.Kalau x..boleh shoot pic die yang penuh dengan kesedihan.
Saya masih makan..dan mata ni hanya memandang pakcik tersebut.Sedihnya....
Masa bayar..saya bayarkan sekali makanan pakcik tu..hanya rm3 sahaja dia makan...
Saya pun terus berlalu dan masuk ke kereta.
Sambil memandang pakcik tu dan start engine...saya rasa betul-betul insaf..saya rasa bersyukur pada apa yang telah dikurniakan oleh allah untuk saya dan keluarga.Kami tak pernah rasa susah sampai macam tu skali.
Sebenarnya..apa yang telah kita peroleh..kejayaan kita,,duit..harta..dan apa sahaja..bukan milik kita sepenuhnya.kita perlu sedekah dan kongsikan bersama orang2 seperti itu,anak yatim,ibu tunggal,,fakir miskin..
Selama ini..selama saya bekerja..saya tak pernah lupa sedekahkan sedikit pendapatan saya yang tak seberapa pada golongan yang macam tu.hati ini ikhlas membantu.bukan untuk diri saya sahaja..tp untuk arwah abah saya..tapi hari ini saya tak bawa cash untuk sedekah padanya.Insy...saya akan kembali untuk mencarinya..
Wahai rakan-rakan yang saya sayangi sekalian..jika tiba-tiba kamu hidup susah selepas kamu hidup senang dahulu..fikir kan kembali..dimanakah kamu letakkan kesenangan kamu itu...harta benda tak boleh bawa ke mati..fikirkan lah..harta benda dan kesenangan bukan untuk ditunjukkan..tp sepatutnya dibahagikan pada golongan yang memerlukannya....
umairah othman
Posted by UmaiRah OthMan's Photostream at 11:29 PM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
Jalan jalan















Posted by UmaiRah OthMan's Photostream at 11:58 PM 0 comments

